Posts

Showing posts from June, 2017

Kematian Yang Menghidupkan Part 2- Nenek Aku

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ   Assalamualaikum! Itu kisah Joyce, 35 tahun.(refer sini ) Dan kisah aku pulak yg lagi peribadi dan sangat dekat pasal nenek aku yang meninggal baru berapa hari. Masih terbayang bayang dan segar depan mata. Nama arwah Zaleha Binti Jantan, umur 73 , meninggal sebab strok dan penyakit lain.  Nenek aku kena strok dua minggu sebelum aku kerja dekat company sekarang. Masa tu aku tgh tunggu hari untuk resign dari company lama. Aku balik untuk Raya Haji tahun lepas , masa raya pertama lah arwah kena. Masa tu ikut perancangan aku sendiri, aku nak duduk JB dua minggu dan terus cari kerja semula dekat Melaka.  Perancangan hanya tinggal perancangan.Aku lupa Allah mengatur segalanya. Masa tu takde org lain, ikut perbincangan keluarga aku kena jaga. Mak cakap boleh ke sedangkan aku tak pernah jaga orang tua. Salin pampers, bagi makan dan segala macam keperluan.  Aku jujur cakap, memang dalam hati taknak. Tapi siapa lagi nak buat, la

Kematian Yang Menghidupkan Part 1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  Assalamualaikum! Harini(28/06) baru aku bukak balik post yang draft ni.Tahun 2017  aku hilang dua orang dalam hidup aku.  Yang muda dan tua. Yang muda tu headteam aku, Joyce (chinese) meninggal selepas bersalin. Dia sempat hidup dua jam lepas tu ajal tak panjang, dia meninggal. Ikutkan cerita dia dapat peluk anak dia lepas tu meninggal. Dia meninggal 16/05 maknanya dah sebulan lebih masa aku update cerita ni.  Anak dia comel dan sangat putih. Yelah dah nama anak cina. Tkkan nak gelap mcm anak orang Zimbabwe. Joyce tu baik, sangat baik . Sembilan bulan dulu aku masuk kerja dengan kosong. Yg aku tau shipping tu apa maksudny dalam Bahasa Melayu tu je. Pasal port , Johor port dan semua tu aku tak tau. Since aku customer service, customer ni suka tanya pasal sailing schedule, tu pun aku tak tau.  Banyak dia ajar aku. Aku masa mula mula dia pergi macam sasau jugak. Masa tu aku demam dah nak kebah. Tapi bila dia dapat tau dah deliver dan koma lagi