Kawan Sahabat Segelak Seia Bersama Belum Tentu Menangis Pun Bersama.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


 assalamualaikum!


Memandangkan aku rajin hari ini jadinya aku nak update blog. Okay dah tak payah cerita la benda ni. Tak ada sesiapa hairan pun kalau kau nak update blog. 


Dalam entri ni aku cuba nak senaraikan nama kawan kawan aku yang masih rapat dengan aku. Eh KEJAP. Tiba tiba rasa malas hahahaha. Kau tahu sebab apa ? Kalau terlepas nama kang ada yang merajuk payah aku. 


Kawan. Member. Friends. Sahabat. Apa apa aje la janji bawak makna yang sama. Dulu aku tak pernah percaya yang kita akan ada ramaiiiiiiiiii ok jap taip semula raaaaaamaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kawan tapi yang stay hanya dua tiga empat dan jugak mungkin seorang. Sebab tak semua orang nak dengar masalah kita setiap masa. Diorang pun ada komitmen diorang sendiri. Kena faham dan ingat tu. 


Aku rasa semua orang yang aku jumpa dalam dunia ni baik dkt sekolah rendah, menengah, agama, teknik JB, matrikulasi, dan universiti dan alam kerja (Hospital Putra Melaka dan Costar Agencies oh ya Taska dan Giant sekali ) SEMUANYA ADA PERANGAI YANG BERBEZA. 


Pernah kena tikam belakang tu sakit dia. Peh. Okay tu taknak cerita la. Cumanya kalau pun orang orang yang kita kenal dan pernah rapat dengan kita buat benda tak elok dekat kita jangan disimpan lama lama. Terima kasih buat semua kawan kawan yang pernah hadir. Aku rasa best sangat sangat dapat kenal setiap dari korang. Semuanya memberikan aku rasa untuk ketawa dan nilai dalam diri sendiri. Korang boleh je whatsapp aku bila bila masa untuk cakap yang korang tengah bermasalah atau gembira. Mungkin aku bukan yang jenis contact kawan kawan 24 jam tapi takde masalah untuk orang cari aku selalu. Bukan demand, tapi itu cara aku. 

MAAF KALAU TAK SELESA. Tapi pada aku true friends bukan bermakna kau kena contact 24 hours. Kan ? 



Sebab aku nak jadi kawan yang ada pada waktu susah takpun senang. Aku banyak belajar dengan korang. Terima kasih Allah untuk anugerah ini. Berkawan ramai best dan sangat menggembirakan. 


Sayang kalian kerana Allah :') 

Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!