Keep Calm and Keep Smile

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


 assalamualaikum!


Alhamdulillah, have a bless I got the chance to write up an entry today. Sejak dua menjak yang stress dan membingungkan aku rasa perlunya aku meluahkan pada sesuatu yang tak bernyawa. Seperti sekarang, nak meroyan dalam blog haha. That typical 'haha' it shows sebagai penyeri ayat je. 

Semester lima yang super tough dan banyak godaan dan banyak ujian. Well, inilah kehidupan. Kalau nak sedap sedap suka suka tanpa kesedihan dan kemurungan itu bukan kehidupan. Cacing pun ada masalah hari hari nak makan kat mana kan? AHAHAHAHA.

Minggu lepas Miss Aini (lecturer ni ajar Motor Insurance) mintak kitorang sediakan no telefon orang orang penting dalam hidup kitorang yang boleh dihubungi. So that if suddenly we are MIA next sem she know who to refer and where to find us. Heh. And one more requests that she asked us to do a little bit about the changes that we have gone through along the time we are in KBM. 

I think yes, degree life do change me a lot mentally , emotionally and physically. InsyaAllah changes to be a better person for HIM. 

Orang selalu tanya macam ni, 

"Ain ni happy je kalau gagal test pun boleh relax positive semua. Tak sedih ke ?"

Em. Terdiam kejap.

Tipulah kalau cakap aku hari hari akan bergembira dan positif macam takde apa berlaku. Kadang kadang tak taunya orang semua benda hempuk sekali dalam satu masa. Masa tu tergagau aku sorang sorang bukan orang tahu. Kau ingat nak stay positif and keep calm and keep smile senang ?

Dah tu, macam mana nak buat ?

First thing for sure. Aku tak malu nak ngaku aku pernah gagal test dengan markah yang sangat teruk. Nak aku suka ke kalau markah test 7 out of 50 ? Tapi takkan nak expect aku suka pulak ?


I do sad. I do cry but for sure not in front of people. 

Aku selalu cakap dekat diri aku, kalau dah belajar kena yakin Allah akan bantu. Aku tahu untuk setiap kegagalan aku kena hadapi. Walau hati tengah badai amuk taufan. Aku selalu fikir kalau belajar dan usaha tu sekadarnya, maka itu je la kau dapat. 

Aku tahu kadang kadang sesetengah daripada kita rasa dah usaha sehabis baik untuk segala mak nenek test dan kuiz tapi masih lagi markah tak seperti yang dijangka. Rendah dan bukan top scorer. 

Meh sikit nak tanya. Kau recheck tak balik solat kau ?
Recheck balik tak adab kau dengan DIA ?


Dan paling biasa aku dengar,

"Dah belajar tapi time test masih lagi lupa dan tersalah"

What to expect. Aku pun hadapi benda sama sebab pemilik ilmu tu yang bagi kau lupa. Nak meroyan marahkan diri sendiri ? Nak buat apa weh. Takda faedah dan hasil pun untuk ingat balik benda dah lepas. 

Kita tahu kita usaha. 
Kita tahu kemampuan dan kebolehan kita.
Gagal lagi ?

It's not the end of the world pun. Selalu pujuk hati macam ni je aku buat. Takde benda lain pun. 

Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!