A Shopping Travellogue To Jalan TAR Episod 2

                                       
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 assalamualaikum!



So ini zoom in salah satu tudung yang diorg jual. Kain berkualiti pakai selesa dan labuh. Jangan risau aku tak membongak bukan saja saja promote sebab aku tak dapat komisen pun. 

Jalan punya jalan kalau penat boleh la beli makanan. Makanan pun murah murah dan sedap. Aku rasa takyah nak expect murah sangat nasi lemak 50 sen manada dah -,- 

Aku makan kat warung ala ala food court tengahari tu nasi lauk siput sedut diorg charge rm 4. Tapi spoil sikit sebab siput dia hanyir. So aku makan untuk recharge battery je! 


Takleh tahan nafsu bila tengok baju baju kemain la murah. RM 20 cmtu dah boleh dapat baju lawo lawo dah. Pastu masa kat kedai tudung tadi aku borak dgn kakak kedai tu. Tanya dia apa lagi dia jual. Dia cakap dia jual crepe borong pun ada jugak. Bila aku tanya bidang 60 dia kata plaza city one ada sebelah semua house tu. 

Masa aku pergi tu dah nak raya deepavali lagi la aura tu terasa kannnn hihi. Pastu aku pergi City One tu nak cari tudung borong. Mula mula aku cari tudung aku nak sekali bila pergi Akel, Rozello, Miss Colour ada je tudung aku nak. Tapiiiii terlebih bajet pulak T_T

Jadinya aku tau budak rumah aku tengah gila crepe bidang 60. Aku beli sekodi untuk DIJUAL hahaha. Sekodi dapat harga RM 80 pastu tawar² dapat RM 75 . Jatuh sehelai RM 3.75 dan bila balik aku jual sehelai RM 8. 

Aku gerak balik waktu asar. Pastu tersesat la apa la sampai stesen Pandan Jaya semua tu. Memang bila kita travel. Kena letak pergantungan sepenuhnya pada Allah. Cuak jugak ah masa sesat dan salah stesen tu. Nasib baik aku terdengar lelaki ni tengah berbual dalam telefon cakap nak pegi TBS. So aku follow je dia alhamdulillah akhirnya sampai rumah jugak. 

 Tudung bawal crepe yang aku beli sekodi heheh.



Suasana kat sana. Musim deepavali Melayu, Cina dan India semua kemainnn lagiii memborong.


Manik ni pun murah. Dia ada macam² jenis. Yg mcm ni baru RM 6. Ada 40 pcs dalam 1 paket ni. Kononnya aku nak buat hiasan lekat kat tudung. Sekali hampeh tangan kaku mana reti jahit. 

Ni mural dekat LRT Masjid Jamek kalau tak silap. Orang duk tengok aku pelik sebab siap amek gambar semua. Aku lantakkan aje la diorang tu hahha. #themakersoftomorrow 


Aku pulak kononnnnnyaaaa nak beli sekodi je. Sekali tu terbeli kepok lekor (makcik tu ckp dia buat sendiri jadi aku tergoda dan terbeli) . terbeli barang avon, glitter shawl selai sebab dia murah RM 15 je sehelai pastu terbeli durian crepe (6 pcs- RM 10) dengan Dunkin Donut masa kat TBS hahahah 



Masa dekat TBS aku sedar ramai sangat orang mintak sedekah. Kesian weh. Dan dekat sini jugak aku lihat mak ayah abang kakak adik bekerja segigih mungkin untuk sara family diorang. Sedihnya tengok. Dan menteri masih lagi dengan angkuh kata rakyat Malaysia tak terbeban ? Perhatikan kami wahai menteri. 

Aku rasa ntah ntah ramai antara mereka gelandangan. 
Em sedihnya. Rasa insaf kejap bila ingat balik. Ada yang beriya iya jual tisu sebab taknak dianggap peminta sedekah semata. Ramai yang kurang upaya menyebabkann diorang terpaksa mintak sedekah. 

Bila kita lihat orang lain, kita patut rasa malu dengan mereka dan Allah. Selalu sangat mulut complain itu ini tapi nak ucap Alhamdulillah jarang sangat. Muhasabah bersama T_T

Sekian #travelogueshoptilldrop 




Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!