aku tak boleh tidur lepas tu aku rasa nak update pasal Penang Trip ;)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 assalamualaikum!

haaa aku tak boleh tidur.ni aku nak masukkan gambar gambar masa sem 1 yang lepas aku pegi Penang Trip Kelab Fotografi yang anjurkan.tak lama 3 hari dua malam je lepas tu bayaran tanggung,makanan ditanggung jugak,hotel pun sama dah termasuk dalam bayaran,lepas tu kitorang kat sana siap ada workshop dengan Canon.kelas kau jahhhh



haa ni masa first day kitorang kat sini.aku pun lupa gambar ni aku sesaja buat candid ke memang candid.kitorang jenjalan area Georgetown buat street photography.phewww sejak bila pulak aku reti minat benda ni.yang pasti aku suka gambar ni hhahaha.




haaa inilah gambar yang acah acah street photo.tapi yang pasti bukan aku yang capture sebab gambar aku capture semua buruk :'( ni hari kedua berjalan sejauh 10km dah memacam benda sepanjang aku berjalan aku nampak.foreigner,orang tempatan melayu cina india lepas tu yang homeless pun ada jugak( abg canon kata jgn ambil gambar diorang macam tu menampakkan negara kita tak best ) . orang pelik je tengok kitorang jalan ramai ramai gambar engsel pintu pun nak tangkap.kemainnn..!


haa ni nurul ye anak anak.sebut betul betul okay? alahai kesian kucing tu kena tembak dengan kau nurul :O






haaa ni lagi contoh contoh street art.dekat Penang ni best dia ada macam besi besi tu cantum jadi gambar lepas tu bila capture pap jadi cantik terus sampai bila aku tunjuk orang diorang ingatkan lukisan padahal gabungan besi besi.lagi best ada lukisan lukisan mural dekat dinding yang smart bukan main aku cakap korang yang intelligent super brilliant.wahhh pujian melambung ni.






okay ini aktiviti kitorang time petang.pegi Muzium Baba Nyonya ke apa tah nama dia aku pun lupa.tapi dekat sini best sebab kau boleh tengok memacam benda yang dari zaman atok nenek kita belum lahir lagi.kira macam dari zaman maharaja cina ke apa pun ada jugak.cehhh gitewww aku punya ayat.baju tidur,bilik tidur,almari diorang ke apa ukiran semua unik.aku bila masuk je macam jakun lepas tu macam semua benda nak pegang.nasib dia tak bagi pegang kalau tak ada je yang aku nak angkut bawak balik rumah.







hari terakhir pergi menjelajah Bukit Bendera.aku ni kadang kadang datang sengal aku ingatkan dinamakan Bukit Bendera sebab banyak bendera ke apa.rupanya tak memang nama dia cemtu ahh.tengok Alin(kiri) dengan Sirin konon pose comel.ingat aku melting ke apaa ? ehh emo 





Alin cakap dia nak bela bawak balik dinasour ni.dia nak bela sepasang jantan dengan betina kalau boleh nak jadi penternak dinasour yang berjaya.tapi aku cakap "tak boleh,nanti orang tak kenal mana kau mana dinasour"

tup tup dia post cemni lagi orang tak dapat bezakan mana Alin mana dinasour kan ?








Bebudak ni cakap post kena ayu tapi gempak.aku tukang tangkap kan jek.sebab aku dah ikut workshop canon aku rasa gambar ni jadi cantik hasil kreatif aku.muehheee.

*peace*

Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!