assalamualaikum wahai pengunjung sekalian !! thank youu sudi datang

Thursday, February 28, 2013

apa nk buat ni oi?hrp cik puan tuan dato datin bg perhatian kat mslh saya ni :-)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

alhamdulillah.aku masih Allah beri peluang untuk aku menaip dengan penuh lemah gemalainya untuk jari ini melayang layang di atas keyboard ni.cehh,ayat tak boleh nak sastera lagi ke apa Ain oi ? pang kang dua tiga biji baru kau rasa.

aku dah melangkah berlari anak pun kat sem 2 ni.seriously talk,jangan kau masuk matrik kalau kau tak suka belajar lelaju.kalau kau rasa nak belajar slow tahap cipan makan anak panda pulak,baik kau pegi register tadika sana.

okay sorry aku merepek.mungkin ni tujuan matrik ditubuhkan.untuk menghasilkan lebih ramai lagi pelajar yg mampu dan berkebolehan untuk merepek dengan jayanya.ye,mungkin (:

haritu aku baru dapat result exam midsem.Alhamdulillah,capai target.jangan kau berani tanya the exact pointer.aku taknak jawab.paling paling aku buat muka pailang je dekat kau tanpa rasa kesian.ye,aku tak tipu ni.

start dari sem 2 ni aku dapat rasa banyak benda.okay,salah expression di situ.banyaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk benda yang dah lain dalam diri aku.aku bagitau jek lah ye ? aku nak 4 rata,tapi aku malas nak belajar.stay up memalam scroll twitter sampai tertidur bukan sebab sibuk baca nota untuk kuiz ke apa.aku nak kuiz esoknya,malam nye aku sibuk tengok movie.time kuiz aku tergaru garu tengok org sebelah.good job,Ain!

minda jahat ni dalam keadaan sedar memang suruh aku tak payah dah nak belajar.tak payah pening lalat nak amek course apa .lepas habis matrik kerja then kumpul duit sikit bukak bisnes .tak payah takpayah tak payah.tak payah sambung study ke degree.see ? ni minda jahat aku yg cakap.bukan aku k.bukan aku bukan aku.eh apa ni typo ke sengaja ? sengaja.

malam ni aku nk buat pengumuman terbuka.aku stalk semua kengkawan lama aku.dari sekolah rendah sampai sekarang :') betapa aku rindu korang secara tiba tiba jangan cerita lah.ada karang banjir KMJ ni.

dan dari hasil stalk aku.I GAIN SOMETHING ! yes.

aku dapat rasa semangat tu dah datang balik.thank you Allah. a lot .much . infinity .

bila stalk diorang.buat aku sedar sesuatu.

kawan kawan aku.

dulu kita selalu pegi sekolah balik sekolah sama sama.

tapi sekarang dah tak lagi.

kenapa ? sebab masing masing dah jauh.

diorang jauh sebab nak smbung cita cita.

pergi uni sana,uni sini

siap ada yg dapat pergi oversea lagi nanti.

apa kau tak rasa cemburu Ain ?

mereka dapat scholarship.

mereka dapat usrah kat tempat sana.

dapat hidup baru yg lebih membahagiakan :')

apa kau tak nak Ain ? 

rasa apa itu orientasi dekat uni

apa itu koko dekat uni

cara nak bergaul bercakap bertanya soalan dengan prof madya semua

lepas tu kau taknak ke rasa ukhwah fillah dengan org islam negeri lain 

kau taknak rasa ke pergi temuduga biasiswa

betul ke kau tk nk belajar lagi ?

Thing About It Infinity Times :)




Friday, February 15, 2013

Life Di KMJ.SERIOUSLY FUN! AND AMAZING PART 2.wahhh.dah macam twilight pulak ada part 2 bagai.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 assalamualaikum!

sebenarnya niat kat hati nak sambung part 2 semalam.tapi sebab semalam aku penat sangat jalan jalan kat pekan tangkak tu sampai tak terupdate cerita.meh aku cerita pasal outing semalam.kitorang gerak dalam pukul 2.30 petang gitu la.dekat mesin atm depan KMJ ni memang dari semalam punya semalam pun bapak panjang budak budak yang beratur . ni semua gara gara MUET . memasing nak mengulang,kena la beli no pin baru.terbang melayang je RM 101 tu . pehh.panjang dia adalah dari JB sampai ke Perlis.kahkahkahhh.aku yang setakat nak keluarkan duit pun tak jadi.

semalam boleh pulak unsangkarable , naik teksi sampai 6 orang sekaligus.amek kau.bapak sempit kot.nasib badan la.*sigh*

mula mula pegi bsn.ingatkan mesin atm depan matrik jek penuh.sekali pegi bsn satu kaunter memang dia bukak khas untuk kitorang . dia punya panjang dari depan kaunter bawak ke luar pintu.aku lastly beli jugak no pin upu tu dekat atm luar bsn.aku akan mengulang muet july ni.insya-Allah.then then pegi betulkan heater.nasib ahh kalau HEP baca blog aku lepas tu nak rampas water heater aku tu.hihi.


jalan jalan makan makan kat KFC.so much incident.haishhhh.dah la jalan tengah tengah panas.habis mekap I cair u all tau tak.ok gedik dah keluar.simpan simpan gedik kau tu dulu,Ain.habis pekan Tangkak tu aku round.takde la beli belah sakan sangat.aku jimat woii.elaun aku bukan 5 juta sebulan.nak shopping bagai.ehehe :D:D




Tuesday, February 5, 2013

Happiness . Alhamdulillah ;)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!



























thank you for cheering up my life  ;)

Friday, February 1, 2013

Benda Yang Aku Nak Bagitau,Dan Korang Kena Jugak Amek Tau Tak Kira Korang Nak Tau Kena Tak.Korang Tau Ke Tak Ni ?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
 assalamualaikum!

sejak sejak aku dah jadi tweetfemes ni,aku jadi lupa diri pulak yang aku sebenarnya juga seorang blogger terkenal.yang ceritanya dinanti penuh debaran oleh sang pembaca.dan tak lupa jugak sebenarnya aku jugak ada para penonton yang menunggu video baru di upload ke youtube.okay nampak di situ permainannya,penipuan segala jenis macam dah keluar.

aku akui cerita harian aku memang banyak berbanding mak bedah kat luar sana.aku kena jugak akui yang korangkorang sebenarnya suka stalker aku kan.enough,Ain jangan nak perasan sangat please.semalam punya semalam punya semalam.senang cerita hari selasa lepas la kan aku dah start exam midsem2.wooo.sedar tak sedar aku dah nak habis sem 2 weh.ahhh.whatever.mana nak sedar kalau dah hari hari kerja aku melayan assignment yang tak penat nak kunjung tiba.sekali dia punya tinggi,boleh buat rasa malas aku pun bergunung gunung tingginya.

tadi siang exam midsem aku dah habis dengan jayanya.ohh jayanya kah ? dahdah.usaha rupa apa,nak jayanya sangat lah kan.high five sikit.tetiba.besok cuti,apa yang aku tau.aku nak pergi berjalan macam aku budak dah dapat baucar buku,walhal baucar buku pun tak dapat dapat lagi.haih.ni yang tetiba aku rasa nak gegar HEP tanya soalan macam Nas Ahmad terjah artis.geram nih,tau tak ! 

semalam ada benda sedih jadi.let's begin.

semalam pagi aku ada paper math.alhamdulillah,soalan senang.aku boleh buat.betul ke tak tu belakang cerita.nampak sikit sikap keangkuhan aku kan.tau.dah,forget it.

pukul 10 sampai pukul 2 gap.petang ada paper akaun.aku stay masjid dengan Nabila and Sery.kononkonon nak study akaun.maklum,dekat masjid ada aura positif.ye,dengan aura positifnya tu lah aku dapat tidur selama sejam dengan syoknya wa cakap lu.okayokay.gua tau ada yang dah bosan.mana point of view cerita aku ni kan.ni la motif aku,nak korang rasa bosan bila baca blog aku.yes,berjaya pun akhirnya.

lepas solat zuhur tu,aku dapat mesej Ayang(ni kawan aku).dia cakap nak jumpa aku depan library ( tempat exam kitorang ) before masuk exam.aku dah berdebar.takut jugak buatnya dia nak buat open race.sebab dulu dia pernah kalah main race pemadam dengan aku.okay,ni tipu.lepas tu aku cakap dengan Nabila and Sery nak jumpa orang jap.ada hal lah gitewww.

thenthen,aku pegi minimart ( ni macam alaala kedai runcit) nak beli roti dan coklat sebab aku lapar.lagipun aku belum lunch.fitrah manusia kot,lapar kena makan.lain aku puasa.jumpa Ayang depan library then tetiba dia tanya Syima ada contact aku ke tak.aku dah macam,eh apehal Ayang ni.Syima tu classmate aku,cousin si Ayang ni.aku cakap jek lah takde,sambil mulut kunyah coklat.lapar weh lapar.kau kena paham konsep lapar tu.

then Ayang cakap "bapak Syima dah meninggal pukul 12 tadi,bapak aku yang bagitau"

aku terus terdiam.terduduk.suddenly,rasa lapar tadi hilang.sedih datang tiba tiba.memang la,aku tak kenal bapak Syima tu.jumpa pun tak pernah kot.

Ayang cakap Syima dah lemah longlai.Ayang yang tukang bagitau benda ni kat Syima.dia terus longlai dan Ayang sendiri dah tak kuat nak papah dia sampai kena mintak tolong budak bilik dia . itupun Ayang cakap Syima cuba senyum,nak tunjuk dia kuat.tapi bila Ayang diam,dia pun berjurai jurai air mata.dia cakap balik ni nak jumpa Abah dia,tapi tak sempat.ralat sebab minggu lepas dia tak balik.

sumber kekuatan dia dah tak ada.tu yang Syima bagitau kat Ayang,tu lagi buat aku sedih.so,at first memang ingat Syima tak amek paper akaun petang semalam.budak kelas aku datang,aku tarik Nabila,aku cakap berita yang ayah Syima dah meninggal.orang lain tengok aku cakap slow tapi dengan gemuruh,semua orang dah macam,Ain relaks okay.

Ain nampak gemuruh.betul,aku memang gemuruh.Syima tu kepala gila gila . dapat berita macam ni tengah tengah exam.apa kau rasa ? mau tak payah nak bangun balik teruskan hidup tu.payah.

then dalam kecoh kecoh tu tetiba Ayang cakap Syima nak datang jugak,amek paper akaun.kitorang tunggu dia datang.tapi Ayang bagi warning supaya jangan tanya banyak banyak.aku cakap ngan Nabila nak amek dia . kitorang suruh classmate letak alat tulis atas meja kitorang.baru nak pergi,Syima dah sampai.dia cuba berlagak kuat.tapi kat muka dia nampak bekas bekas air mata.aku datang dekat dia and usap usap bahu dia.Nabila pun dah tak tau nak kata apa.Syima cuba senyum dalam air mata dia tu.aku dah terkata apa apa.bukan aku jek.all the classmate too.she is not Syima that we all know.

masuk library untuk exam,dekat pintu masuk tu terus Puan Wahida tarik dia ke tepi.dia amek jugak paper akaun.kitorang tak dapat nak cakap apa apa pun dengan dia.dia jawab paper macamane pun kitorang tak tau.TU BELUM AMEK KIRA PAPER BUSINESS PAGI TADI.MUNGKIN BURN.cuma kitorang harap dia dapat jawab dengan okay la.demi Abah dia.Syima,aku and all the classmate akan sentiasa doakan kau.semoga kau kuat ye , kawan ! aku nak kau ceria ceria macam dulu.usik usik aku.gelak ketawa dengan aku.

tadi time maghrib kitorang buat yasin untuk arwah Abah dia.semoga dicucuri rahmat NYA.

yang dah pergi,biarkan.redha dan percaya dengan takdir DIA.

AKU SAYANG KAU ! AKU TAKNAK KAU REBAH.INSYA-ALLAH,KITORANG AKAN SELALU ADA UNTUK KAU.

untuk yang lain,mungkin cerita aku tak sampai kat hati.sukahati.aku tak kesah.kalau hati kau penuh kasih sayang,kau akan paham.jika tak.bukan salah kau.mungkin salah sekelilingmu membuatkan hati kau tuli untuk terima semua ini.