Hasil

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!

hallo hallo ! hai korang . hikhikkk.apakah khabar ? sejak tak sekolah nie baik Bahasa Melayu atau Bahasa Urdu aku memang selalu la tunggang terbalik cacamarba jadiknya.Maklum,budak tak sekolah memang speaking jek kerjanya.Okay,aku tipu.Saja jek gebang lebih lebih penambah perisa penyedap cerita.emmm...lazatnya.haha !

harus anda anda semua tahu sejak la habis SPM aku tak pernah keje sampai la sekarang.kerja aku join makcik makcik area rumah aku bergosip mengata mengumpat anak orang tak sudah sudah.aku la ketua.okay,tipu lagi.makcik area sini semua aku tak kenal sgt.dah kerja aku duduk dalam rumah mcm tunggu orang meminang  jek cmne nk kenal diorang kan ^^

mak aihhhh....bosan la tu baca blog aku ?mukadimah jek tak cukup dua baris ayat kan. suka aku la.yang penat menaip kan aku.yang penat membebel tak tentu hala pun aku jugak.korang lepas baca entri aku ni jangan lupa catat  dalam buku nilam =P
mana lah tau menyumbang kepada award yang korang bakal dapat = anugerah nilam ( kalau tak silap inilah anugerah paling tinggi kan ?)


ha..yolahh tuuu.   


bila dah hari hari duduk rumah aku dah jadi muak bosan meluat.huh.tv punya siaran aku dah hafal.tapi,maklum la, aku mana ada astro kan.tu yg boring jugak la tgk tv biasa jek.hantu betul aku ni.tak bersyukur kan,negara lain nak senang lenang tengok rumah sendiri pun tak dapat.ishish.thanks Allah :')


selain tengok tv,aku baca jugak novel.ni memang hobi seumur hidup.tapi walaupun aku dah jemu la jugak kadang kadang sebab senario penceritaan kadang kadang hampir sama jek.gaduh gaduh baik lepas tu terus bahagia.hmmm.apa apa pun aku memang tabik tabik spring dekat penulis novel di MALAYSIA nie.sentiasa berusaha untuk terus menghasilkan apa yang terbaik ! cayalahhh.


sebenarnya,nak menjadi seorang penulis yang dapat menulis cerita dengan jayanya bukan senang tau.kena banyak imaginasi.banyak ilmu.banyak pengalaman.kena banyak buat research.dan paling penting kena banyak tengok drama Melayu atau omputeh malahan jika perlu drama drama Indonesia jugak supaya cerita yang disampaikan tu berbeza dan mempunyai keunikkannya yang tersendiri,kan ?

huh.aku berkata kata beriye segala mcam la aku pernah jadi penulis.takpun sebenarnya..tapi aku memang ada bercita cita hendak ke arah itu.sebab menjadi penulis novel best apa ! dapat menyuarakan pandangan yang tidak terluah.
dapat menyatakan hasrat hati yang terpendam.paling penting dapat duit hasil royalti yang masyuk.hha.keji betul otak aku.sebenarnya paling penting kalau dalam sesuatu novel tu membawa makna yang mendalam dalam hati pembaca.membawa erti positif dalam kehidupan realiti.itulah tanggungjawab paling penting :)


adiosa . !











Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!